Ada apa UiTM Sri Iskandar

Assalamualaikum dan salam sejahtera(baca dlm nada pengacara tv 999) HAHAHAHA.
Harini aku nak share apa yang ada dekat Sri Iskandar ni.

Pertama sekali Sri Iskandar ni adalah kawasan bekas lombong dan cuacanya panas sangat .Nak describe panas mcm mana tu korang kena rasa sendiri.Masa sekarang ni apa yang aku lihat kawasan ni sedang membangun sebab dikelilingi kawasan perumahan dan  fasiliti seperti Mcd,Kfc,Tesco dan yang paling top sekali pusat membeli belah untuk student iaitu Billion .Jangan pandang sebelah mata .Walaupun sekadar pasaraya Billion tapi ada cinema hahahaha.Ada DIY.Bila musim interim atau sem baru selipar jamban pun sold out tau kat DIY hahahah.Tapi jangan risau dekat sekeliling tu ada kedai RM2 haa kome pergiler cari selipar jamban kat situ hahahaha.Selain dari Billion sebelah tu ada DHotel sesuailah untuk ibu bapa nak stay beberapa hari untuk hantar anak yg masuk UiTM.Tambahan pula,ada juga hotel hotel lain yang korang boleh pilih sekitar Sri Iskandar .Korang google ajerr ,Trivago kan ade. .Kesimpulannya jangan risau ,semua keperluan belajar,penginapan dan lain-lain boleh dibeli di situ.

Seterusnya ,UiTM ni dikelilingi dengan kedai makan juga.Kalau korang tengok gambar tu depan billion ada deretan kedai makan .Pilih jerla nak makan mana.Kalau makan western pun banyak pilihan ada kedai makan Stailista,Chillex,Master Grill .Kalau craving Kfc,Mcd,Pizza,Dominoz,Secret Recepi dan 7E pun ada .Kalau kaki pasar mcm aku nih ada lah pasar dekat Bandar Universiti (jauh sikit naiklah uber),pasar lain belakang Uitm ajerr.Yang paling penting kedai mamak lah sebab biasa lelaki suka tengok bola kat situ huhu.Waktu malam kadang kami lepak dekat dataran .Situ banyak juga pilihan makanan dan busking sekali .Sambil makan sambil nyanyi hahaha.

Kedai lain yang ada kedai printing,stationery,kedai kain,bundle dan pelbagai lagi.Korang explore nanti okey...Sekeliling tu ada juga bank islam ,bank rakyat ,farmasi dan klinik.Bagi aku semua fasiliti dekat sini lengkap untuk student .Tak payah susah susah bawa barang banyak dri rumah beli sahaja dekat sini.Yang penting duit ade hahahahaha.Okey tak dilupa juga kedai gajet pon ada sebab USB aku kena curi haritu nasib baiklah kedai gajet ada .Mudah sikit aku nak beli tak payah jauh jauh.

Okey aku lupa nak bagitahu dekat situ juga ada Econsave .Kalau nak shopping jauh sikit pergilah Tesco balik singgah KFC sebab bersebelahan sahaja.Kadang-kadang ada expo .Aku nasihatkan bila ada expo kau duduk jer kat hostel jangan keluar nanti duit kau habis hehehe.

Untuk transport ke mana mana yg korang nak, dekat SI ada kereta sewa (untuk ke site,jalan jauh dengan member),uber,grab dan teksi .Jangan risau bus Uitm pun ada hanya bayar RM1 untuk ke sekitar Seri Iskandar mengikut jadual bus.

Kalau nak jalan jauh sikit bolehler berjalan ke Ipoh .Jauh lagi ke Cameron.Nilah tempat tempat berjalan .Kalau nak tahu lebih lagi boleh google.Maaf ler letak gambar sikit ajerr.Kalau korang tak nak shopping area sini nak shopping online boleh jerr .Uitm ada sediakan tempat ambil barang pos .

Bagi student Uitm, korang bukan sahaja boleh shopping luar tapi ada juga koperasi dalam Uitm yang sediakan barang ,makanan dan lain lain keperluan.Jangan pelik pula kalau nampak mat saleh ,mat negro dan pelbagai lagi warganegara selain Malaysia sebab dekat situ ada juga pelajar dari UTP yerr.Kalau nak jalan jalan acah jogging kat tasik UTP pun boleh .Kalau tak nak ,tasik UITM tu ada hahaha .siap ada kura kura tau dalam tasik.

Okey sampai sini shj aku cerita .Kalau nak tahu lagi drop comment nanti aku boleh cerita di next blog.Assalamualaikum(baca nada mcm pengacara habis baca berita)




Comments

Popular posts from this blog

Bidang Kerjaya Hartanah

Apa yang student belajar dalam course hartanah ?