Apa yang student belajar dalam course hartanah ?

Assalamualaikum
Dalam blog ni aku akan cerita sepenuhnya tentang diploma pengurusan hartanah.

Aku apply this course guna  Spm dan  apply UPU course pengurusan hartanah atau dikenali sebagai Estate Management kod (AP115).Ini adalah subjek pilihan ketiga , masa mohon.Mungkin sistem 2020 ni agak berbeza SEBAB  tahun aku apply ialah tahun 2018.

Pengurusan Hartanah mengambil masa 3 tahun pengajian di peringkat diploma dan 6 semester.5 semester belajar di kampus dan semester ke 6 semua pelajar perlu menjalani praktikal sama ada di kerajaan atau swasta.

Course ni balance antara teori dan praktikal .Subjek yang korang akan ambil juga basic math .Teori tu korang more kepada menghafal dan kira-kira boleh praktis past year question sebelum menduduki final exam.Insyaallah kita akan pass dengan jayanya untuk setiap sem kerana soalan akan berulang .Tapi zaman aku dia ada la soalan KBAT ataupun format berubah .

Untuk setiap sem kita ada subjek utama dikenali sebagai VALUATION.Subjek core bagi setiap sem .JANGAN SAMPAI GAGAL.nanti repeat pulak yek....Next subjeck REAL ESTATE AGENCY.Subjek ni penting sebab banyak ilmu jual beli hartanah,cara,syarat dan sebagainya .Ni lebih kepada teori kalau valuation more kepada kira kira dan nilai tanah untuk pelbagai jenis harta contohnya rsidential,commercial,industrial and agriculture.

Subjek seterusnya ,ialah BUILDING.Subjek ni kita akan belajar struktur bangunan .Ada melukis basic strutur bangunan.Jangan risau ramai dalam kelas aku takde basic lukisan kujuruteraan pun tapi setakat melukis tiru semula dari apa yg lecterur bagi tu bolehlahhh....jangan risau.Ada juga teori berkenaan bangunan.

Ketiga tiga subjek ini kita akan belajar sampai semester 5 .Dan ada banyak lagi subjek tambahan yang berbeza setiap sem.Tapi aku tak share sini jenuh aku nk menaipnyaa.Tapi Insyallah subjek tambahan juga based on teori dan kira-kira.Nanti da masuk Uitm korang belajarlah sebab aku masuk pun dengan zero knowledge tapi kita kena belajar explore ye adik adik ,baru kita dapat lebih sikit ilmu.

Ini part yang penting yang  aku nak semua tahu, course ni bukan sahaja belajar dalam kampus tapi semua subjek ada kerja luar untuk assignmet.Maksudnya kita akan cari site atau tapak projek atau bangunan siap depends kpd tajuk assignment korang tuu .Sometime perlu juga ke pejabat penilaian harta untuk ambil beberapa document untuk assignment korang.Dari sini kita belajar untuk interview,uruskan apa yg penting,kerjasama amat diperlukan ketika kerja luar ni.Ini adalah kerja berkumpulan .So duit banyak spend untuk keluar site .Duit minyak ,Duit sewa kereta ,Duit makan luarlah(kalau makan luar).Dan tak semestinya kita keluar sehari , kita dapat apa yang kita nak sometime adalah kadang site dicari tak jumpa,orang nak interview tak free.Thats why lah kita banyak kos untuk kerja luar ni.Tapi hasilnya berbaloi sebab dapat banyak experience lah dia mcm jalan jalan tapi dgn tujuan cari bahan asimen.Kos lain, mcm beli buku tu tak banyaklah .Kos ni semua kita share dengan ahli group okey jangan risau.Pilihlah ahli group rajin,tak kedekut,dan senang cerita tak bermasalah lah...

Lepas kita settlekan 14 weeks untuk satu semester,minggu ke 13 atau 14 kita akan lakukan "presentation" untuk semua subjek.Haa time ni korang kenalah kreatif present kerja masing-masing.Lpeastu settle present lebih kurang seminggu cuti STUDY WEEKS depends la kadang lama  lepastu final .lepas final, baru cuti panjang.

sometime kerja luar adalah 60% dan final exam (ujian bertulis 40%) jadi korang pulun sikit untuk assignment dan masa final skorlah mana yang  boleh bagi pass or dekan.

Aku tak explain about syarat kemasukan sebab sometime berubah kan.Apa apa pertanyaan boleh drop di comment.

Blog seterusnya aku akan tulis tentang permulaan masuk ke Uitm ..Stay tuned.

Comments

  1. Hai..lepas dah habis boleh cri kerja ke trus or what.?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.masa belajar pun kita boleh cuba untuk jadi part time agent .gaji adalah berdasarkan komisen .contoh berjaya jual rumah rm200k..komisen adalah 3% dri 200k..gaji kita adalah 6k..estate agent tidak bergaji.ia komisen 100%..selepas diploma boleh sambung degree .atau pilih untuk bekerja

      Delete
    2. Mmaf mencelah.. Saya valuer skrg ni (pV), berkenaan dengan utk jd negotiator, ren, cth:

      Harga rumah 200k, agent fee 3%. So ade 6k disitu.. Drp 6k, kite bahagi 2 bahgian 6k tu dengan company sama ade 30-70 ke, 40-60 ke atau 50-50%.. Itu lah bru gaji kite.. Kalau 6k tu bulat2 kite punye, ape untung company amik kite bkrja. Sekadar pencerahan.. Tq

      Delete
    3. Terima kasih atas pencerahan yg lebih jelas.harap dapat share banyak lagi ilmu yg best dalam bidang ni .

      Delete
  2. Replies
    1. Ada untuk sem 1&2..seterusnya tiada.masa degree ada subjek law lagi..kalau kita rajin insah pass

      Delete
  3. Nk tnya utk subjek kira² byk ke calc per semua tuu susah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Calculation depends..setiap subjek ada teori dan kira..kalau kita fokus,rajin buat latihan,rajin tnya kawan..insyalah kita pass

      Delete
  4. hai nak tanya , berapa ye kos untuk diploma pengurusan hartanah ni satu semester ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk sem 1 RM700 something.sem 2-5 yurannya RM500-600 mcmtu utk uitm shj.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kalau belajar EM setakat dip je...boleh ke nk jadi ejen hartanah yang berdaftar? atau kena habis degree baru boleh jadi ejen hartanah yang berdaftar ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh.selepas spm pon boleh tapi sampai jawatan REN (real estate negotiater)untuk ambil lesen PEA(property estate agent) perlukan kelulusan diploma..PEA ni mcm qualification dari board Jbatan Penilain dan Perkhidmatan Harta & LPPH...untuk dapat jawatan PEA dalam field estate agent perlu ada dip sekurang kurangnya.perlu ambil exam khas dan perlu buat log book..jadi kita dapat tag khas PEA dan kita ada skill lebih dari REN

      Delete
  7. Replies
    1. Diploma uitm sri iskandar.degree yg dri utara biasa dtmptkan di uitm sri iskandar.dri selatan di uitm shah alam.

      Delete
  8. Hye awak, saya nak tanya. Kalau berhajat nak sambung degree in EM tapi diploma background engineering. Mudah tak untuk apply? Atau ada walk-in registration. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya apply upu macam biasa.lepastu beli no pin sama step masa kita amek dip.pestu just tunggu jela dapat ke tak course ni..cuma masa pengajian dipanjangkan ..utk course ni tiada iv session utk kemasukan

      Delete
  9. presentation tu in group masa site or sorang sorang? and smua subj in english ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grouping.untuk uitm 100% english for speaking and writing

      Delete
    2. Saya dpt D spm, n band 3 je muet..agak lemah laa..boleh survive ke kalau saya ambi bidang nie?

      Delete
    3. Jika dapat tawaran bernaksud awak layak.selebihnya usaha dan tawakal.

      Delete
  10. Asalamualaikum kak,bole tak kalau saya nk tengok some notes or buku rujukan utk diploma bidang ni👉👈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry late reply..notes n buku rujukan .before balik ,akak dah bagi pada junior dkt uitm ..sorryy..good luck ya study

      Delete
  11. Assalam kak, saya ada baca yg kita boleh jadi part time REN masa diploma ni, jadi saya nk tanya, kalau jadi REN tu dia ada ganggu masa pelajaran kita tak? 2nd, apa real estate agency yg ada kat seri iskandar tu ye? Pastu , Apa tips yg akak boleh bagi kalau nk jadi REN kat sini? Akhir sekali, kalau kita duduk dekat kolej dia, boleh ke keluar untuk urusan jumpa client kita?

    ReplyDelete
  12. Wasalm..kena balance jangan sampai ganggu waktu belajar.sebab ren memerlukan one to one with client ,property& kursus yg dibuat oleh firma real estate.kalau duduk kolej bebas asalkan balik ikut timing kampus yg dibenarkan.jangan skip group assignment untuk kerja.sebab group asignmnt memerlukan 100 prcnt komitmen.sri iskandar kurg firma ren.banyak dekat ipoh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bidang Kerjaya Hartanah

Ada apa UiTM Sri Iskandar