Sambung form6 , diploma atau nak kerja terus?
Hai assalamualaikum.Sorry korang sangat lambat nak continue pasal diploma sampai aku dah habis belajar.Sekarang tengah Lockdown .Aku tak perasan yang penulisan aku ni menjadi rujukan korang yang nak sambung belajar:
Untuk korang yang sedang dilema nak pilih course apa.Aku cadangkan korang buat research dulu tentang course yang korang NAK SANGAT dan YANG SOSO...Okey lepas dah buat research ,try sembang dengan mak ayah apa plan korang selepas ni.
Untuk yang decide nak ke Form 6 .Alhamdulillah korang dah dapat satu keputusan yang muktamad.Kebaikan form 6 ialah korang tak terikat dengan pinjaman PTPTN .Walaupun ada segelintir yang cakap form 6 susah.Tapi cuba korang fikir masuk diploma di IPTA dan IPTS juga ada kesusahan masing-masing.Pastikan result korang mencapai permintaan yang IPTA minta untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah.Kalau korang tak struggle untuk kejar CGPA nanti nak masuk U agak susah ya.Untuk tempoh masa dan aliran dalam Form6 korang boleh research sendiri ya.Aku kurang ilmu dalam bab ni.
Okay untuk yang dalam kepala dia dah decide nak ke DIPLOMA.Tolong survey kriteria yang course korang apply ya.Make sure buat pilihan yang tepat .Pilihan UPU satu,dua dan seterusnya kena study dulu.Jangan main tembak je.Nanti sesal di kemudian hari dan buang masa.Untuk diploma korang biasanya belajar dalam tempoh 3 Tahun (untuk bidang aku) .Lepas tamat korang boleh bekerja guna diploma atau sambung Ijazah lagi 2 Tahun (untuk bidang aku).Seterusnya diploma korang boleh apply PTPTN untuk menampung keseluruhan pembiayaan .Bagi yang nak apply biasiswa boleh survey dulu biasiswa mana yang boleh taja bidang korang ni,bila tarikh buka dan syarat syaratnya.Macam biasa untuk diploma tiada lagi pengurangan bayaran PTPTN jika anda dekan setiap sem dan menerima anugerah Naib Canselor ya kecuali Ijazah.Korang kena bayar balik PTPTN tu mengikut jumlah pinjaman setiap bulan.Setahu aku PTPTN perlu bayar selepas tamat belajar .Jika korng sambung degree maka ada penangguhan bayaran .
Bagi yang TAK NAK SAMBUNG.Jangan risau .Guna result SPM untuk memohon jawatan jawatan gred rendah seperti SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA).Tak mudah untuk kita dapat jawatan yang kita mohon ni ya.Ada ujian ujian yang kita perlu follow jika dipanggil sebagai calon terpilih.Kadang sampai 2,3 kali gagal.Kadang tak dapat terus.Takpe ITS OKAY.Mohon je tau .Mana tahu rezeki kan.Tolong buat research tentang jawatan SPA untuk tahu Skop kerja,gaji dan jawatan.
Next yang fizikalnya baik dan memenuhi kriteria bolehlah memohon badan-badan beruniform.Contohnya Angkatan Tentera Darat(ATM),Tentera Laut ,TUDM dan sebagainya.Alert dengan tarikh pengambilan dan keraplah buat latihan fizikal dekat luar supaya bila dipanggil nanti kita dah READY untuk ujian fizikal.Taakdelah membuang masa korang pergi situ kan.
Apa apa pun boleh cari kerja-kerja yang boleh menjamin .Maksud aku gaji yang mencukupi dan waktu kerja yang fleksibel.Majikan dan emvironment kerja tu pun penting tau kita study dulu supaya bila kerja tu takdelah rasa macam nak berhenti sebab majikan tak bayar gaji ke atau apa apa masalah lah.Contoh kerja yang boleh kita buat cashier,promoter,operator kilang,teller di merchantrade,co-pilot lori(GAJI masyuk woo),bisnes(kena ada ilmu,cari guru) dan lain lain.manalah tahu dah kerja ada gerak hati nak sambung belajar.Korang boleh appy lambat sikit dari kawan - kawan yang sebaya.Apply ikut kemasukan yang dibuka setiap tahun.rajin rajin buka portal uitm ya.
okay kalau ada pape komen je.Nak topik apa nanti bagitahu.Kalau berkaitan dan aku ada experience aku boleh share dengan korang okay.
Comments
Post a Comment